10 June 2016

CHE TA JUAL BAJU RAYA DI TESCO, NAFI BAJUNYA 'LOW QUALITY'



Pelakon Rozita Che Wan merupakan selebriti tempatan pertama yang berkolaborasi bersama pusat membeli-belah Tesco Sdn Bhd (Tesco Malaysia), bagi menjual baju raya.

"Rasa macam tak percaya pula bila ditawarkan utnuk kolaborasi bersama tesco untuk hasilkan baju raya.

"Sebelum saya dipilih, pihak Tesco telah membuat ‘survey’ dikalangan pelanggan mereka berkenaan tentang selebriti mana yang mereka mahukan untuk koleksi Raya.





"Rata-rata daripada pelanggan mereka telah memilih nama saya dan tipulah kalau kata tak rasa terharu dan saya anggap ini adalah rezeki.

"Alhamdulillah setakat ini RozitaCheWan X Tesco mendapat sambutan yang menggalakkan dan maklumbalas yang diterima agak positif," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata.

Untuk info, busana Aidilfitri itu dijual dengan harga RM299 dan saiz pula bermula dari XS hingga XL. Malah Tesco juga dilihat memberi voucher percuma RM100 melalui setiap pembelian baju tersebut.





INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



Bagaimanapun, mengenai isu berbangkit mengenai kualiti baju itu, Che Ta menjelaskan isu tersebut timbul kerana pembeli tidak memilih baju tersebut mengikut saiz yang bersesuaian.

"Baju itu sama cuma yang berbeza ialah saiz baju tersebut. Mereka kena faham, setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza.

"Jadi sepatutnya baju itu dipilih mengikut saiz yang sesuai dengan tubuh mereka. Janganlah kalau pakai saiz L tetapi yang dibelinya saiz M, memang tak sesuailah.



"Bila ambil saiz yang salah jadi bila disarungkan baju itu ke tubuh, sudah pastilah nampak serba tak kena," katanya.

Selain itu, dia juga turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa koleksinya itu dijual hanya disebabkan dia seorang selebriti popular.

"Theres's no time for bullshit when you're building an EMPIRE.

"Saya ambil masa enam bulan untuk hasilkan koleksi baju ini, tak mungkinlah saya nak sia-siakan usaha sendiri dengan menjual sesuatu barang tanpa memikirkan tentang kualiti terlebih dahulu.

"Rekaan koleksi Syawal ini juga semuanya adalah idea sendiri dan saya nak mereka rasa cantik dan puas hati sewaktu memakai salah satu koleksi saya.

"Lagipun kami menggunakan kain yang selesa dan memudahkan mereka untuk mengambil wuduk," jelasnya.




 
Sumber: Astro Gempak - Foto: Che Ta IG


         ________________________





No comments: