10 June 2016

KEK RM50K JADI KONTROVERSI - INI PENJELASAN FIDA



Pada 4 Jun lalu, Rafidah Ibrahim atau Fida telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-30 yang diadakan di The Row, Kuala Lumpur. Apa yang menarik perhatian adalah kek hari lahirnya itu menelan belanja tinggi iaitu bernilai RM50,000. Kek tersebut dikatakan menjadi kontroversi.

Fida bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa kek hari lahirnya itu adalah termasuk jam tangan yang dihias bersama kek berkenaan. Katanya, jam tangan jenama Rolex itu berharga lebih RM40,000 dan ia merupakan hadiah daripada rakan-rakan perniagaannya yang menganjurkan majlis sambutan ulang tahun berkenaan.

"Nilai kek RM50,000 itu termasuk harga jam yang dihias di atas kek tersebut, jam jenama Rolex itu hadiah istimewa daripada kawan-kawan rapat dan rakan kongsi bisnes saya.





"Manakala kek istimewa seberat 20 kilogram yang dihasilkan oleh Datuk Fazley Yaakob itu juga agak mahal dan eksklusif," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Fida berkata sambutan besar-besaran pada ulang tahun kelahirannya itu dibuat tanpa pengetahuannya. Katanya, majlis bernilai hampir RM100,000 itu dianjurkan semata-mata untuk meraikan dan menghargai penat lelahnya dalam bidang perniagaan.

"Saya sendiri tidak tahu mereka buat kejutan tersebut kerana pada asalnya saya diberitahu untuk menghadiri majlis pertunjukkan fesyen sahaja.





INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



"Hampir 100 orang tetamu termasuk rakan-rakan artis dijemput memeriahkan majlis itu. Mereka juga hadiahkan saya dengan persembahan daripada kumpulan muzik kegemaran saya iaitu 6ixth Sense.

"Pada asalnya saya agak terkejut dan marah apabila mereka beritahu majlis tersebut cecah RM100,000 tapi bila mereka jelaskan tujuan sebenarnya saya terpaksa akur.

"Mereka hanya mahu saya gembira pada hari jadi ke 30 ini setelah penat bekerja menguruskan perniagaan," jelasnya.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: