10 June 2016

"RINDU BERPUASA DI RUMAH PENGASIH" - ZAMANI SLAM



"Sudah lama saya tidak merasai keindahan dan kemeriahan Ramadan dalam erti sebenarnya dan pengalaman menyambut bulan puasa di sana banyak memberi saya kenangan manis," demikian kata vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani Ibrahim, 45, yang mengakui merindui kemeriahan sambutan bulan Ramadan ketika mendapatkan rawatan pemulihan dadah di Rumah Pengasih pada tahun lalu.

Menurut Zamani, dia terkenangkan saat-saat penghuni pusat pemulihan itu bersama-sama berbuka puasa, berterawih selain melakukan aktiviti keagamaan lain.

"Kami lakukan semua aktiviti yang diaturkan bersama-sama dan tidak pernah meninggalkan solat berjemaah dan terawih.





"Apabila saya sudah keluar dari sana, sambutan Ramadan tahun ini membuatkan saya terkenang suasana di Rumah Pengasih," ujar Zamani dipetik sebagai berkata.

Kerana rindu suasana tersebut, Zamani merancang untuk meluangkan masa bersama penghuni-penghuni pusat pemulihan berkenaan dalam sebuah majlis berbuka puasa dalam masa terdekat ini.

Ditanya mengenai sambutan Ramadan pada tahun ini, Zamani berkata, dia besederhana selain cuba mengisi waktunya dengan amal ibadah walaupun sibuk dengan aktiviti seni.



INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



"Jujurnya saya belum sempat melakukan solat terawih di masjid tetapi akan cuba mencari peluang untuk berbuat demikian.

"Tetapi Alhamdulillah puasa tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya dan pengalaman di Rumah Pengasih banyak mendisiplinkan saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zamani bakal membuat persembahan secara akustik menerusi beberapa buah lagu popularnya termasuk dua lagu kerohanian bersesuaian dengan bulan Ramadan.

"Selain berhibur inilah masanya peminat, syarikat korporat serta sektor kerajaan dapat mengeratkan lagi silaturahim selain beramal jariah dan Insya-Allah saya akan adakan persembahan akustik istimewa buat semua pengunjung," katanya.

Sebanyak 150 juadah bakal disediakan berkonsepkan tradisi warisan budaya daripada chef PICC dan bagi yang ingin membuat tempahan boleh melayari www.ticketonline.my/pnm dengan harga serendah RM200.

Pengunjung juga bakal menerima hadiah istimewa iaitu minyak wangi eksklusif Zamani.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: