11 June 2016

ALHAMDULILLAH - FALISHA CROSSLEY KINI KEKAL BERHIJAB



Tiga hari sebelum Ramadan tiba, pelakon yang pernah membintangi filem 'Mat Moto' bersama Pekin Ibrahim dan muncul di dalam drama 'Aku Bukan Bimbo' dan 'Dia Semanis Honey', Falisha Crossley atau nama penuhnya Nur Falisha Crossley Faisal, 31, telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

"Tiga hari sebelum puasa saya mula pakai tudung. Tiba-tiba saja terdetik hendak pakai tudung. Alhamdulillah, apa yang saya mahu dan hajati setakat ini dalam kehidupan saya, semuanya sudah tercapai dan saya rasa sudah tiba masanya saya berubah lagipun ini satu kewajipan kita sebagai wanita Islam.





"Sejak berhijab saya rasa lebih gembira dan orang sekeliling yang rapat dengan saya juga gembira dengan perubahan saya. Tapi saya masih belajar lagi cara memakai tudung. Setakat ini saya cuba semua gaya dan fesyen tapi mengikut juga kesesuaian.

Maka dari itu, Falisha merancang untuk menjual pakaian-pakaian beliau sebelum ini kerana tidak lagi sesuai dengan imej muslimahnya kini.



"Dengan imej sekarang ni, jadi banyak pakaian lama saya seperti skirt pendek yang saya sudah tidak pakai lagi. Saya dalam proses mengumpulkan semua pakaian yang masih elok itu dan merancang mahu menjualnya di carbooth sale.

"Tak sangka, rupanya banyak juga pakaian saya sampai berkotak-kotak. Ada juga sebahagiannya saya asingkan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Kalau baju yang agak seksi tu, sebolehnya saya akan jual pada yang bukan muslim," ujarnya dipetik sebagai berkata.



INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



Dalam pada itu, berkongsi mengenai perkembangan seni, Falisha berkata, tawaran berlakon memberangsang namun kebanyakan watak yang ditawarkan adalah watak tidak berhijab.

Katanya, disebabkan itu, belum sempat dia menolak tawaran berkenaan, pihak produksi yang terlebih dulu memberitahu bahawa mereka terpaksa tidak mengambilnya berlakon dalam drama terbitan mereka. Begitupun, Falisha mengganggap ianya sebagai bukan rezeki dan percaya ada hikmah disebaliknya.



"Saya banyak terima panggilan daripada produksi menawakan saya tawaran berlakon tapi apabila saya beritahu yang saya sudah bertudung, mereka terkejut kerana mereka sangkakan saya saja suka-suka muat naik gambar saya bertudung.

"Tetapi apabila saya jelaskan perkara sebenar, mereka terpaksa menarik balik tawaran itu kerana watak yang mahu diberikan adalah watak tidak bertudung. Tapi tidak mengapalah, mungkin bukan rezeki saya. InsyaAllah, ada hikmahnya dan saya percaya ada rezeki lain pada masa akan datang," jelasnya.


Sumber: Malaysian Digest


         ________________________





No comments: