11 June 2016

HIDAP PNEUMONIA - HAFIZ HAMIDUN SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN



"Selepas procedure! I am fine, ok, Alhamdulillah. Terima kasih bagi doa dan kata semangat!," demikian kata Hafiz Hamidun menerusi laman Instagram mengenai dirinya yang telah selamat menjalani pembedahan semalam bagi membuang air di dalam paru-parunya akibat penyakit pneumonia yang dihidapinya, baru-baru ini.

Untuk makluman, Hafiz dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara pada Ahad lalu selepas mengalami demam yang kerap, sejak 1 Jun lalu.





Penyanyi lagu 'Jodoh Berdua' itu dimasukkan ke wad selepas bacaan platelet darahnya mencatat penurunan sedangkan suhu badan masih panas.

Sementara itu, Hafiz berkata, penyakit itu berpunca daripada kekerapan dirinya bercuti ke luar negara tanpa pengambilan makanan tambahan selain kerap menjalani aktiviti di luar.

"Baru-baru ini saya bercuti ke Afrika Selatan dan cuacanya sangat sejuk. Saya pula mengambil mudah perkara itu dengan hanya memakai jaket biasa, bukannya baju sejuk.





INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



"Tambah pula cuaca sekarang ini tidak menentu, pengambilan makanan tambahan amat penting agar tubuh badan mempunyai antibodi yang kuat," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sebelum menjalani pembedahan itu, Hafiz yang sedikit gementar telah membuat persiapan dengan menonton prosedur pembedahan terbabit di laman Youtube supaya dirinya lebih bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan. Malah katanya, sekurang-kurangnya boleh menambah pengetahuannya mengenai pembedahan itu.


Sumber: Berita Harian & Hafiz Hamidun IG



         ________________________





No comments: