Jika Aidilfitri sebelum ini, Eina Azman sambut biasa-biasa sahaja tetapi tahun ini berbeza kerana dia begitu teruja menyambut perayaan tersebut bersama-sama dengan suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet serta anak kembar sepasang, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
"Kalau saya raya biasa sahaja cuma tahun ini keterujaannya berbeza kerana raya tahun ini sudah ada baby. Tahun ini saya kena sediakan baju untuk baby lima pasang dan sedondon," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Eina turut memberitahu bahawa dia begitu seronok sekali setelah bergelar seorang ibu walaupun kadang-kalanya dia penat melayan kerenah kedua-dua bayi kembarnya itu.
"Seronok tak terkata, sampaikan bila nak keluar tak sampai hati nak tinggalkan baby lama-lama. Alhamdulillah juga saya ada pembantu yang menolong saya menjaga mereka. Kalau saya seorang memang saya tak mampu," jelasnya.
Dalam pada itu, Eina memberitahu yang dia akan berlakon semula pada penghujung tahun ini setelah beberapa bulan ini.
INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO
Sumber: Rotikaya
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment