12 June 2016

JANTINA ANAK - RAJA FARAH INGIN BERI KEJUTAN



"Kami sudah melakukan ujian imbasan, malah doktor juga memaklumkan jantina yang bakal dilahirkan. Cuma ketika ini, biar saya simpan sebagai rahsia hingga saya selamat bersalin nanti.," demikian kata Raja Farah Raja Aziz, 28, yang belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi dalam kandungan kerana ingin memberi kejutan kepada keluarganya.

Dalam masa sama, Raja Farah berkata yang dia dan suaminya begitu teruja menunggu detik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Di samping itu, Raja Farah juga berharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.





Kehamilan pertamanya ini juga kata Raja Farah, dirinya kini lebih sensitif membuatkannya sentiasa bergantung kepada suami.

"Alhamdulillah saya tidak mempunyai sebarang alahan atau mengidam makanan pelik tetapi tidak dapat berenggang dengan suami. Ada ketika, suami tidak dapat ke pejabat kerana mahu dia sentiasa menemani.





INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



"Saya bersyukur apabila disahkan hamil selepas dua bulan mendirikan rumah tangga. Kami berdua tidak merancang, sebaliknya bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah," ujar Raja Farah dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Raja Farah pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010 tetapi bercerai pada 25 Mei 2015 tanpa cahaya mata. Raja Farah bernikah buat kali kedua dengan Iskandar Ismail pada 6 September lalu di Bukit Jelutong.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: