12 June 2016

"SYUKUR SAYA MASIH BERNAFAS, ADA HIKMAH DISEBALIKNYA" - AWI RAFAEL



Awi Rafael yang baru-baru ini terlibat dalam satu kemalangan dimana dia diseret oleh kereta berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kaki beliau, meluahkan rasa bersyukurnya apabila diberi peluang sekali lagi untuk terus bernafas dan melalui kehidupan sehari-harian.

Dalam masa yang sama, Awi atau nama sebenarnya nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan, 30, turut akui kejadian malang yang berlaku ke atas beliau pada bulan lalu turut memberikan seribu satu hikmah buat dirinya.

Awi juga berkata Ramadan tahun ini lebih istimewa dan bermakna buat dirinya selepas melalui pelbagai perubahan dalam siri hidupnya.





"Selepas kejadian motosikal saya dilanggar sebuah kereta bulan yang lalu, saya sangat bersyukur masih diberi peluang untuk terus bernafas. Alhamdulillah, Allah SWT lindungi dan panjangkan umur saya lagi. Malah rezeki saya dalam bidang seni semakin melimpah ruah.

"Saya juga diberi kepercayaan untuk menghasilkan karya-karya baru untuk program Hey Orang Kita dan kerjasama dengan penyanyi AyuOne In A Million untuk sebuah lagu tema berjudul Beauty Till Jannah.

"Terbaru lagu duet bersama Altimet iaitu Kalau Aku Kaya juga turut mendapat pengiktirafan selepas berjaya mencecah satu juta muat turun di laman internet. Semua ini seakan satu hikmah besar buat kehidupan saya yang semakin meningkat usia.



INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



"Saya lihat lagu-lagu ketuhanan yang ditulis saya untuk Aman AF, Datuk Siti Nurhaliza dan Ayai Ilusi mendapat sambutan di luar jangkaan saya. Ini juga satu tanda untuk saya untuk terus bekerja lebih kuat," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam perkembagan terbaru, Awi bakal muncul dengan album ketiga selepas beberapa tahun tiada sebarang material terbaru.

"Insya Allah album ketiga bakal dilancarkan selepas hari raya Euforia yang membawa makna mendalam buat diri Awi yang mahukan kesenangan dan ketenteraman jiwa. Sesuai dan fasa hidup saya sekarang yang bersyukur dengan apa yang telah dimiliki.



"Saya ada rakan-rakan yang sentiasa membantu, rezeki dari Allah SWT dan paling utama kehidupan dan jiwa yang selalu tenang," jelasnya.

Terdahulu, Awi dikatakan mengalami kemalangan jalan raya apabila motorsikal dilanggar oleh sebuah kereta kira-kira jam 1 pagi berdekatan dengan kawasan perumahannya di Kota Damansara.

Bagaimanapun menurut Bahagian Promosi Domestik Warner Music, Anne Mokhtar, Awi dikatakan stabil selepas dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan sekitar jam 3 pagi selepas kejadian berlaku.


Sumber: Astro Gempak



         ________________________





No comments: