09 June 2016

CAYALAH... RAFIDAH IBRAHIM DAH JADI TAUKE KILANG



Masihkah anda ingat dengan penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim (Fida),30, yang kebelakangan ini menyepi daripada dunia hiburan?

Terkini, rupa-rupanya Fida sudah menjadi tauke kilang bagi memasarkan barangan, R Secrets.

“Sebenarnya saya sudah lama dalam bidang bisnes dan macam-macam saya buat, dari bidang kontraktor sehinggalah sekarang, kosmetik dan penjagaan diri. Dalam penglibatan bisnes sebelum-sebelum ini saya pernah juga gagal mungkin kerana tidak ada perancangan yang rapi. Namun alhamdulillah setelah itu, saya banyak juga belajar dengan orang-orang yang berjaya, mereka tidak kedekut ilmu.





“Walau bagaimanapun, saya agak terkilan sebab ada antara orang yang banyak membantu ketika susah senang saya sudah meninggal dunia. Selain insan itu, kakak saya Datin Sri Rozita dan Dato Maziah juga banyak membantu dan memberikan nasihat dalam selok-belok perniagaan.

“Saya bermula sebagai pembekal serum dengan mengedarkan kepada syarikat Kongsi Makan, selepas menerima keuntungan hasil usaha kerja keras mengedar serum, kini dapatlah kilang saya sendiri. Jadi, bukanlah bermakna saya tak berlakon atau sudah tidak menyanyi lagi, cuma saya fokus dengan bisnes saya. Bila segalanya sudah stabil dan sudah ada orang kepercayaan maka barulah boleh saya kembali semula dengan karier seni,” ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Media Hiburan.





INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO






Foto: Fida IG


         ________________________





No comments: