09 June 2016

"GAMBAR MESRA ITU SEBAGAI INSPIRASI WARGA EMAS" - RAJA AZMI



"Kebelakangan ini memang saya sering memuat naik gambar mesra dengan suami, bukan untuk menunjuk-nunjuk kebahagiaan yang sedang saya lalui tapi untuk memberi inspirasi kepada orang lain juga.

"Di televisyen hanya paparkan tentang pasangan muda sahaja yang bahagia, pasangan warga emas pun boleh jadi orang yang romantik juga," demikian kata Raja Azmi, 57, mengenai tindakannya yang sering memuatnaik gambar-gambar mesra dan romantik bersama suami Mohd Eddie Ghazali di laman sosial.





Dalam pada itu, Raja Azmi berkata pasangan yang sudah berusia tidak seharusnya berasa malu untuk menunjukkan rasa cinta dan mesra mereka terhadap pasangan.

Ini kerana katanya pada usia emas itulah sebenarnya saat mereka untuk merasai kebahagian dan saling memerlukan antara satu sama lain.

"Perkara tersebut secara tidak langsung menggalakkan pasangan yang sudah lama berumah tangga agar dapat memupuk semula hubungan mereka seperti baru berumah tangga tanpa rasa malu.



Disebabkan gambar-gambar itu juga, Raja Azmi didekati beberapa individu yang baru dikenalinya untuk meminta nasihat dan resipi kekal bahagia pada usia lanjut.

"Alhamdulillah, ramai yang komen suka melihat gambar-gambar mesra kami di Instagram dan membuatkan mereka juga bersemangat untuk kembali menghangatkan semula cinta dengan pasangan mereka.

"Semalam juga selepas selesai solat Terawih saya dihampiri seorang wanita umur akhir 40-an yang bertanya tentang perkara itu. Dia mengikuti Instagram saya dan berterima kasih kerana memberi idea tersebut kepadanya," ujar Raja Azmi dipetik sebagai berkata.





INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



Dalam perkembangan lain, Raja Azmi bakal keluar dengan produk bedak sejuk resipi turun temurun keluarganya.

Bedak sejuk yang diberi nama 'Kak Mie Cun' itu dijangka akan mula berada di pasaran dalam masa terdekat.

"Saya mula dapat idea untuk hasilkan bedak sejuk jenama sendiri setelah mendapat tunjuk ajar daripada usahawan Datuk Aliff Syukri.



"Dia juga memberi peluang produk saya ini untuk berada dalam pasaran bersama produk DHerbs, jadi saya tidak ada masalah untuk fikir soal pemasaran," jelasnya.

Untuk rekod, Raja Azmi dan Eddie berkahwin pada 13 Oktober 2013 dan berpisah pada 11 November 2014. Mereka kemudiannya berkahwin semula pada 26 Februari 2016.

Sebelum berkahwin dengan Eddie, Raja Azmi pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.
















Sumber: mStar



         ________________________





No comments: