13 June 2016

DIUBATI & 'DISENTUH' USTAZ HARUN DIN - PENGIKUT NEELOFA BERBALAH



"syukur ya Allah syukur ya rabb di atas silaturahim yang Engkau kurniakan kepada kami dgn keluarga Ustaz Harun Din yg sentiasa menasihati, membimbing dan menegur kami sekeluarga. Semoga Allah swt panjangkan usia Ustaz Harun Din dan berikan kesihatan yang walafiat," demikian kata Noor Neelofa sebaik selesai berubat dengan Ustaz Harun Din.

Bagaimanapun, video yang dimuatnaik oleh Neelofa di laman IGnya itu mendapat respon pelbagai daripada pengikutnya. Ada yang kata ia boleh menimbulkan fitnah lantaran disentuh oleh Ustaz Harun Din dan ada juga yang mendakwa rawatan tersebut sebagai palsu.





"Kepada yang was2 tu atau tak pasti just keep quiet. dont spread negativity but keep it to urself instead.. and betul juga dah dia dah post benda camni memang boleh menimbulkan fitnah etc.. Wallahualam!" komen salah seorang pengikut tersebut.

Namun begitu, ramai juga yang mempertahan Neelofa dengan mengingatkan agar tidak berfikiran negatif kerana ia hanya rawatan semata-mata.

"Ada ke rawatan ustaz tu dikata timbul fitnah. Xde benda pown yg nak difitnahkan. Diri sendiri nye mulut yg kena belajar jgn fitnah org tanpa usul periksa," ujar yang lain pula.






INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO






Sumber & foto: Neelofa IG


         ________________________





No comments: