14 June 2016

FOTO DIDAKWA 'PELUK ISLAM' JADI VIRAL - ACAPPAN BUAT LAPORAN POLIS



Gara-gara gambarnya menjadi viral apabila didakwa telah memeluk agama Islam, pelakon dan juga pelawak Acapan membuat laporan polis tengah hari semalam berhubung penyebaran gambar termasuk video.

Difahamkan, laporan tersebut dibuat Acappan di Balai Petaling, Jalan Klang Lama, kira-kira 1.30 tengah hari.

Antara gambar yang tersebar di laman sosial




Untuk info, semalam, melalui mStar Online, Acapan menafikan berita yang dia sudah memeluk agama Islam di surau di Jenderam Hilir, Sepang, Selangor.

Acapan atau nama sebenarnya R Samynathan berkata, berita yang tersebar itu membuatkan dia terkejut dan tidak menyangka kunjungannya ke surau berkenaan menjadi ‘viral’ di laman sosial.




INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



Menurut Acapan kepada Harian Metro, dia memang berada di situ semalam bagi memenuhi jemputan berbuka puasa daripada beberapa kenalan.

Antara gambar yang tersebar di laman sosial




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...