06 June 2016

LEPAS AWIE, JOE WINGS PULA TAMPIL BANTU YAZIT



Lepas penyanyi utama Kumpulan Wings, Awie tampil membantu rakan mereka iaitu Yazit yang sedang sakit, terkini Joe Wings pula mengambil inisiatif yang sama. Bantuannya ialah menerusi dana yang dikumpul menerusi yuran pesertaan satu pertandingan yang diberi nama 'War of Band'.

Bagaimanapun, Gitaris tersebut menafikan dia cuba mencampuri kemelut Search dengan melakukan kerja amal tersebut. Kata Joe, niatnya hanya sekadar untuk membantu Yazit secara ikhlas atas dasar persahabatan.





"Perancangan untuk membantu Yazit sudah lama, cuma saya belum temui masa yang sesuai dan cara yang betul untuk tujuan itu.

"Apabila idea untuk War Of Band ini timbul, saya rasa tak salah jika saya kumpulkan dana untuk membantu meringankan perbelanjaan perubatan Yazit.



INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO





"Dana untuk tabung kebajikan Yazit dikumpul menerusi yuran penyertaan peserta War Of Band. Yuran dikenakan untuk setiap kumpulan RM300 dan 10 peratus dari itu iaitu RM30 akan disalurkan ke tabung kebajikan Yazit Search.

"Sebagai sahabat yang sama-sama membesar dalam industri, tak salah saya membantu. Jadi jangan libatkan saya dengan isu yang sedang melanda Yazit dan ahli kumpulannya," ujar Joe dipetik sebagai berkata melalui Astro Gempak.


Foto: Joe IG


         ________________________





No comments: