Jika baru-baru ini, Shahir Zawawi, 28, mengakui bahawa mereka mempunyai hubungan dan hubungan tersebut mendapat restu, kali ini Erra Fazira, 42, pula membuka mulut mengenai perhubungan mereka.
Erra mengakui bahawa dia memang sedang menjalin hubungan istimewa dengan bekas juara Akademi Fantasi musim kelapan itu.
Namun begitu, Erra menafikan dakwaan yang menyatakan mereka sudah mempunyai tarikh bagi melangsungkan hari bahagia mereka.
"Sebenarnya, dia (Shahir) yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius.
"Apapun, saya berasa lega kerana ibaratnya separuh beban saya sudah diluahkan oleh dia. Namun, dakwaan yang mengatakan kami akan bertunang atau berkahwin selepas hari raya ini sama sekali tidak benar.
"Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya," ujar Erra dipetik sebagai berkata.
--- IKLAN ---
Dalam pada itu, Erra berkata, belum ada perbincangan di pihak keluarganya walaupun di pihak keluarga Shahir sudah merestui perhubungan tersebut.
"Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya mengharapkan perkahwinan kali ini yang terakhir dan kekal selamanya," jelasnya.
Erra bagaimanapun menafikan dirinya berdolak-dalik mengenai perhubungan itu kerana dia hanya menafikan mengenai tarikh penyatuan mereka selepas hari raya ini seperti yang didakwa.
Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment