"Empat hari pertama di hospital saya okay lagi, tetapi selepas lebih seminggu rasa sakit sangat. Setiap hari tubuh saya perlu dimasukkan ubat hingga selera makan pun kurang.
"Saya hanya mengambil makanan sedikit sebagai syarat untuk makan ubat. Saya perlu menjalani rawatan susulan untuk tempoh seminggu lagi," ujar Hafiz Hamidun yang susut berat badan sebanyak lapan kilogram selepas sekali lagi ditahan di Hospital Pakar KPJ, Damansara, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Bagaimanapun, dia telah dibenarkan keluar hospital sejak Khamis lalu dan masih perlu mendapatkan rawatan susulan dua kali sehari. Buat masa sekarang, dia masih belum dibenarkan bekerja memandangkan kondisi tubuhnya yang masih lemah.
Bercerita mengenai penyakit yang dihidapinya, Hafiz berkata, ia berpunca selepas dia dijangkiti demam panas selama seminggu, bulan lalu.
-- IKLAN --
Tindakannya membiarkan demam itu berterusan lebih dua hari mengundang padah apabila dia disahkan mengalami jangkitan tersebut.
"Saya masih berulang ke sini (hospital) sampai minggu depan, sebagai pesakit luar. Alhamdulillah, im getting better. Ready to go trough ramadhan and pending works! InsyaAllah," tambahnya di laman IG.
Marilah sama-sama kita doakan semoga Hafiz cepat sembuh dan kembali kepada kehidupan normalnya.
Sumber: Harian Metro - Foto: Hafiz IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment