21 June 2016

OKTOBER INI - RADHI OAG BAKAL TIMANG 'BABY BOY'



"Alhamdulillah Ayu hamil lima bulan dan mengikut ujian imbasan, bayi dalam kandungannya lelaki," demikian berita gembira yang disampaikan oleh Radhi OAG mengenai isterinya, Nur Shahira Ayu, 22, yang kini sedang hamil anak lelaki.

Walaupun kehadiran cahaya mata baru ini tidak dirancang, Radhi menerima berita gembira itu sebagai rezeki dari Allah sekaligus kehadiran 'orang baharu' menjadi pelengkap kepada keluarga kecilnya.





"Biarpun tidak merancang, saya anggap ia rezeki selain memberikan anak perempuan kami seorang teman," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Radhi yang bakal menimang anak lelaki Oktober ini berkata isterinya itu kurang mengalami alahan sebagaimana yang pertama.

"Pengalaman ketika menanti kelahiran anak pertama agak berbeza kerana Ayu kurang alahan selain mempunyai ketahanan diri yang tinggi apabila masih mampu menjalani ibadah puasa," jelasnya.



-- IKLAN --



Radhi atau nama sebenar Muhammad Radhi Razali, 39, dan Ayu yang berkahwin pada 4 April 2014 sebelum ini telah dikurniakan cahaya perempuan, Nur Aisyah berusia 2 tahun.

Sebelum ini berkahwin dengan Ayu, Radhi pernah mengahwini bekas isterinya, Shazlin Sharif. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rifdhi Muslim yang kini berusia 11 tahun.




Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: