Keinginan pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh, 30, untuk mendirikan solat terawih di masjid terpaksa ditangguhkan kerana dirinya masih lagi dalam proses belajar selain memerlukan bimbingan.
"Saya ada melakukan tarawih bersama suami dan keluarga di rumah. Sudah beberapa kali juga. Niat untuk ke masjid memang ada tetapi saya masih belajar.
"Kalau solat pun saya perlukan imam kerana masih tidak tahu bila masanya untuk rukuk atau sujud. Gerakan itu pun saya tidak ingat, apatah lagi surah dan doa yang perlu dibaca.
"Kalau ditanya pengertian Ramadan secara peribadi, saya sukar menjawab soalan itu. Saya belum pun setahun, masih banyak yang perlu saya belajar. Saya perlu masa untuk memahami pengertian sebenar," ujar Marsha dipetik sebagai berkata.
Menjelaskan dirinya masih sangat baru mendalami agama Islam, Marsha perlukan lebih banyak masa untuk mempelajari perkara baru dan juga pengertian sebenar sesuatu perkara.
-- IKLAN --
Sumber: Harian Metro
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment