20 June 2016

"TRAGEDI TERSEBUT BUAT SAYA FOBIA" - ARIL AF7



Tragedi yang menimpa kawan baiknya telah membuatkan Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 31, lebih berhati-hati dalam penjagaan anaknya, Tun Adriel Mikael yang berusia tujuh bulan.

Ini kerana insiden memilukan pernah terjadi kepada kawan rapat Aril yang pernah belajar bersamannya di kolej apabila kematian anak yang berusia tiga bulan ketika dibawah penjagaan pusat kanak-kanak.





Kata Aril, disebabkan itu beliau tidak percaya dengan orang lain kecuali keluarganya sendiri untuk menjaga anak lelaki itu.

"Tragedi berlaku kepada kawan baik saya. Anak yang pertama gugur ketika tujuh bulan kandungan. Anak yang kedua pula dilahirkan sempurna dan dihantar ke pusat jagaan kerana beliau dapat tawaran bekerja jauh.

"Hanya beberapa kali hantar ke pusat jagaan beliau mendapat panggilan mengatakan anaknya tidak bernafas dan disahkan meninggal dunia apabila dihantar ke hospital.



-- IKLAN --



"Itu memang saya fobia. Kita faham pusat asuhan perlu jaga ramai anak orang pada masa sama banyak lagi kerja yang perlu dibuat. Perkara sebegitu yang buat saya takut," ujar Aril dipetik sebagai berkata.

Tambah Aril, dia sanggup bersengkang mata dan juga terpaksa berkorban dan tidak mengusahakan sebarang perniagaan demi mahu melihat anak membesar di depan mata.

"Saya memang ada rancangan nak buat bisnes tapi tak sempat. Saya juga berhenti menjadi deejay radio (Era FM) kerana mahu fokus kepada keluarga," jelasnya.



Bekas pelajar Akademi Fantasia itu sebelum ini pernah mengusahakan produk sambal ikan bilis dan membuka kedai rokok elektronik, atau vape, di Ampang.

"Saya suka melihat anak membesar depan mata, bermula dari proses dia mula merangkak, makan, bercakap. Ini pengalaman seronok bukan semua orang boleh dapat.

"Ketika jauh hati saya tak tenteram memikirkan anak. Bila penat, sedih, atau gembira perkara pertama saya nak tengok keadaan anak," katanya.






Sumber: MMO



         ________________________





No comments: