20 June 2016

TAK SUKA BERAHSIA - FAHRIN AHMAD BAKAL TIMANG 'BABY BOY'



"Saya tidak pasti kerana orang berahsia mengenai jantina anak mereka tetapi pada saya apabila doktor sudah sahkan tiada salahnya berkongsi.

"Mungkin mereka yang berbuat demikian ada sebab tersendiri tetapi saya sedia kongsi kerana ia bukan sesuatu yang perlu menjadi rahsia," demikian kata Fahrin Ahmad, 37, yang tidak melihat keterbukaannya berkongsi tentang jantina anak yang sedang dikandungkan isterinya, Elena Hani yang kini sedang hamil 6 bulan secara terbuka sebagai satu kesalahan.





Fahrin yang bakal menimang cahaya mata lelaki Oktober depan berasa pelik apabila ramai yang cuba merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum namun menganggap ia sebagai hak peribadi masing-masing.

Dalam pada itu, Fahrin berkata, dia teruja apabila bakal bergelar bapa dan berharap kehadiran bayi itu nanti melengkapkan rumah tangga yang dibina.

Bagaimanapun kata Fahrin, buat masa ini dia masih belum melakukan sebarang persiapan kerana sibuk dengan kerjayanya.



-- IKLAN --



"Mana-mana lelaki yang bakal bergelar bapa akan teruja dan begitu juga saya tetapi persediaan itu lebih kepada kewangan ketika ini.

"Maklum sahaja ia memerlukan perbelanjaan besar dan untuk membeli barang anak masih belum berkesempatan dan Insya-Allah dalam masa terdekat ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Kedatangan bulan puasa tahun ini, kata Fahrin ia memberi banyak rahmat kepadanya kerana selain bakal menimang cahaya mata, ia juga kali pertama dia dan Elena menyambut Ramadan bersama.

"Tahun lalu kami banyak berjauhan memandangkan tuntutan karier Elena yang membawanya ke luar negara tetapi tahun ini Alhamdulillah kami dapat bersama.

"Sambutan sederhana sahaja kerana paling penting kami dapat sentiasa bersama," jelasnya.

Untuk rekod, Fahrin dan Elena berkahwin pada 9 Mei tahun lalu.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: