20 June 2016

4 GAMBAR - AMENG SPRING 'TERKEJUT' BERTEMU ANAK DARANYA



"Selepas mama dan papa bercerai kami jarang bertemu dengannya dan apabila papa dimasukkan ke penjara saya mula tersedar bahawa kami jarang menghabiskan masa dengannya.

"Jadi sekarang adalah masa untuk saya, adik dan papa menebus kembali masa yang telah terbuang sebelum ini malah mama juga tidak pernah menghalang kami bertemu dengannya," demikian kata Wan Az Aleesa, 20, anak sulung kepada Ameng Spring mengenai pembebasan bapanya selepas 8 tahun terpenjara kerana dadah.





"Mama sentiasa ingatkan kami malah tidak pernah memutuskan hubungan kami dengan keluarga ayah dan sering melawat nenek di kampung.

"Alhamdulillah papa pun beritahu ada merancang untuk mencari rumah yang dekat dengan kediaman kami supaya senang kami datang," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Kedua-dua anak perempuan Ameng iaitu Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha, 15, ditemui media ketika sidang media Konsert 3 Suara yang menampilkan Ameng, Datuk Jamal Abdillah dan Zamani di Bangunan Umno Selangor, Jumaat lalu.



-- IKLAN --



Apa yang menarik, mereka berdua berazam untuk meluangkan lebih banyak masa bersama Ameng selepas ini bagi menebus kembali waktu yang terbuang selain mahu mengenali bapa mereka dengan lebih rapat.

"Saya tidak pernah rasa marah dengan papa kerana semua orang pernah melakukan kesalahan dan apa yang berlaku sebelum ini sudah pun menjadi sejarah.

"Saya kenal papa saya dan bukan hanya kerana satu kesalahan itu pandangan kami dua beradik terus berubah terhadapnya.

"Apa yang paling penting kini adalah kami kena bersikap terbuka dan memandang kehadapan.



"Papa menjemput kami hadir pada sidang media itu dan papa terkejut melihat kami berdua kerana tidak menyangka kami sudah besar panjang.

"Sebelum ini pernah beberapa kali cuba jumpa papa di penjara tetapi selalu ada halangan seperti papa tiada di penjara kerana ada aktiviti penjara namun sepanjang tempoh itu setiap hari Sabtu papa akan telefon bertanya khabar," kata Wan Az Aleesa lagi kepada Mstar Online.

Untuk info, Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha adalah anak Ameng hasil perkongsian hidup bersama penerbit drama, Datuk A. Aida. Ameng dan A. Aida berkahwin pada 1995 namun berpisah pada 2003.

Melalui perkahwinan keduanya dengan Sabariah Zakaria, 46, Ameng mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Wan Ahmad Haizal yang berusia 9 tahun.



Sumber & foto: Mstar/Sabariah


         ________________________





No comments: