16 July 2016

17 GAMBAR - SEKITAR PENGGAMBARAN VIDEO MUZIK LIYANA JASMAY DI LA



Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay telah terbang ke Los Angeles (LA), Amerika Syarikat sejak 10 Julai lalu bagi menjalani penggambaran video muzik lagu terbaharunya, Oh Nana.

Liyana yang dijangka berada di LA selama dua minggu itu memilih lokasi tersebut adalah kerana beliau menyenangi suasana di tempat terbabit.

Dalam pada itu, Liyana turut memberitahu, bagi klip berkenaan beliau menggunakan khidmat temannya, Jeany Amir, sebagai pengarah.





"Kebetulan, Jeany kini melanjutkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University Southern California. Kami pernah sama-sama belajar di New York Film Academy, beberapa tahun lalu. Cuma bezanya saya di cawangan New York, manakala dirinya pula di LA.

"Sebelum ini, beliau juga pernah mengarahkan iklan komersial Johnson & Johnson membabitkan saya dan anak, Selena, tahun ini. Dari situ, saya tertarik untuk bekerjasama dengannya lagi untuk lagu ini. Kiranya, hanya saya dan Jeany warga Malaysia untuk penggambaran muzik video lagu ini," cerita Liyana yang sebelum ini popular dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta.



Liyana yang enggan mendedahkan lebih lanjut cerita dipaparkan dalam klip berkenaan berkata, penggambaran video muzik itu memakan masa selama tiga hari, bermula pada 12 hingga 14 Julai lalu.

Antara lokasinya pula ialah Malibu, Santa Monica, Venice Beach dan Mojave Desert. Kali terakhir Liyana muncul dengan single adalah kira-kira tiga tahun lalu, bersama lagu Jujur.

Selain shooting, Liyana turut mengambil kesempatan berjalan-jalan di tempat menarik yang ada disana.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)






























Sumber: Berita Harian
Foto: Liyana IG


         ________________________





No comments: