20 July 2016

2 TAHUN MENJANDA - RAMAI CUBA NASIB 'MENGURAT' SARI YANTI



"Didekati dengan tujuan tertentu tidak ada dan setakat ini tiada pula ada yang mencuba sampai melamar untuk berkahwin.

"Tetapi usik-usik itu adalah dan saya tidak anggap ia serius pun kerana ia hanya gurauan.

"Saya pun kadang-kadang balas juga gurauan mereka itu kerana kami saling mengenali dan tidak mahu dituduh sebagai sombong pula sampai tidak boleh bergurau," demikian kata pelakon Sari Yanti bagi menyangkal dakwaan kononnya beberapa selebriti cuba menguratnya.





 Untuk info, sudah hampir dua tahun Sari Yanti bergelar janda setelah dia bercerai dengan Mohd Edy Casmadi Che Hussin pada 11 Disember 2014.

Tambah pelakon itu, dia hanya menganggap semua itu sekadar gurauan teman artis lelaki yang rapat dengannya. Nmun begitu, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin semula.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Saya dah pernah melalui alam perkahwinan dan mempunyai dua orang anak, jadi soal kahwin semula tidak terlalu menjadi fokus saya.

"Tetapi tidak sampai saya menutup hati untuk kahwin lain cuma belum bertemu dengan yang berkenan di hati," ujarnya yang mempunyai dua cahaya mata iaitu Barr Al Aly, 6, dan Basit Al Haq, 4 tahun.




Sumber: Mstar - Foto: Sari IG - www.myartis.com


         ________________________





No comments: