13 July 2016

3 GAMBAR - DEMAM & FLU, HAYYAN ANAK FAD DITAHAN WAD



Menerusi laman Instagram Fad Bocey & isteri Syaheera Rahman, salah seorang anak lelaki mereka, Favian Adrazin Hayyan telah ditahan wad di Kedah Medical Center (KMC) Alor Star, Kedah kerana demam dan selsema teruk.

Fad dan isteri juga sempat berpesan kepada peminat dan pengikut di Instagram supaya lebih peka dengan kesihatan anak-anak memandangkan keadaan persekitaran sekarang yang kurang memuaskan.

"Demam and flu teruk anak daddy si Hayyan.. warded pulak daa.. hati-hati semua, jaga anak-anak yee.. sekarang musim budak-budak senang demam.. semoga semua sihat sejahtera hendaknya.. aminn," tulis Fad.





"Doakan Hayyan cepat sihat. Ini yang jadi bila orang cakap jangan gomol, jangan cium, jangan pegang-pegang, jangan dukung-dukung. Bila kita cakap anak kita sensitif mula nak cakap macam-macam. Untuk semua jagalah anak-anak kecik baik-baik. Jangan biar orang pegang sesuka hati. Sebab kita tak tau bersih ka tak orang yang pegang anak kita tu," ujar isteri Fad pula.

Untuk rekod, Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam mendirikan rumahtangga dengan Nur Syahirah Abdul Rahman pada Mac tahun lalu dan dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan.

Doa kita semoga anak Fad dan Syaheera cepat sembuh hendaknya.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Sumber: Fad IG & Syaheera IG


         ________________________





No comments: