29 July 2016

4 BULAN TAK TINGGAL SEBUMBUNG - ZILA AF4 DITUDUH NUSYUZ OLEH ALONG CHAM



"Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu," demikian kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-4, Zila Seeron, 28, yang sudah empat bulan tidak tinggal bersama suaminya, Along Raja Lawak dan kini beliau berdepan dengan proses mahkamah yang difailkan suaminya membabitkan kes nusyuz.

Kata Zila, suaminya itu turut mengambil anak mereka, Ahmad Danial yang berusia 5 tahun bersamanya dan selepas itu tidak membenarkannya berjumpa dengan anak lelakinya itu.





"Ketika itu, saya keluar bersama anak kami. Namun, seminggu selepas itu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan kemudian langsung tidak benarkan saya berjumpa anak," jelasnya.

Tambahnya, masalah mula timbul daripada sikap Along atau nama penuhnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 34, yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh.

Selain itu, kata Zila, walaupun hak penjagaan anak berpihak kepada Along, beliau tetap akan mendapatkan haknya sebagai ibu apabila kehidupannya lebih stabil.



"Memang atas persetujuan bersama anak dijaga oleh suami. Saya hanya dapat berjumpa dengan Danial sebulan dua kali.

"Sekarang ini saya tiada apa-apa jika mahu mendapatkan hak saya. Tetapi, saya akan tuntut anak saya apabila saya stabil nanti," tegasnya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga mereka pada Januari 2010.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)








Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: