24 July 2016

67 GAMBAR - KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI LAHIR LARA ALANA YANG KE-2



Majlis sambutan hari lahir kedua Lara Alana iaitu anak Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah diadakan semalam di Little Kingdom, Parkson Maju Junction Shopping Mall.

Majlis yang berlangsung meriah dengan bertemakan 'Hello Kitty' dan 'Princess' itu dihadiri ahli keluarga, saudara-mara, teman rapat serta rakan-rakan artis. Antara rakan artis yang hadir ialah Neelofa dan Fouziah Ghous.

Namun disebalik kemeriahan itu, Awal ada memaklumkan bahawa beliau dan isteri belum merancang untuk menambah cahaya mata kerana merasakan Lara masih belum bersedia untuk mempunyai adik.





"Belum ada lagi perancangan dalam masa terdekag kerana Lara belum bersedia untuk ada adik, dia masih perlukan kasih sayang. Dia seorang yang sangat sensitif dan cepat merajuk Jika dia ada adik dalam masa terdekat sudah tentu kasih sayang kami akan terbahagi, bagaimana perasaan dia pula yang masih kecil itu.

"Saya rasa masa bersama dengan dia sangat singkat dan banyak perkara yang saya terlepas sehingga kadang-kadang saya cemburu jika dia belajar sesuatu perkara baru dengan orang lain. Sepatutnya pada usia ini kami ada disisi sentiasa, sebab itu saya kata bagi masa dia besar sikit untuk ada adik lain," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, tentang perkembangan Lara, Scha berkata yang dia mempunyai dua doktor peribadi yang memantau kesihatan dan pembesaran kanak-kanak itu. Manakala dari segi tawaran pula, katanya dia akan meminta nasihat doktor sebelum menerima sebarang tawaran untuk Lara supaya beliau tidak merasa beban.



Selain itu, ditanya tentang perancangan persekolahan Lara, pasangan ini mahu menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan apabila umurnya sudah mencecah tujuh tahun. Ini kerana kata Awal, ia berikutan kos perbelanjaan yang terlalu tinggi di sekolah-sekolah swasta serta faktor ekonomi yang tidak menentu.

"Kami pada awal ingin hantar ke sekolah kebangsaan cina tapi sukar kerana Lara perlu ada asas untuk bercakap mandarin sedangkan kami dua-dua tidak tahu.

"Untuk hantar ke sekolah swasta pula memerlukan kos yang tinggi, saya takut jika kami hantar Lara kemudian jika kami ada anak yang lain tidak mampu pula menghantar ke sekolah yang sama. Apa pula perasaan adik yang lain," jelasnya.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)






GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar





























































































































Sumber: mStar
Foto: Lara Alana IG & Fouziah Gous IG


         ________________________





No comments: