11 July 2016

ADINDA CERIA POP STAR, BAKAL PENGGANTI SHILA AMZAH DI CHINA



Seorang lagi penyanyi Melayu berbakat besar muncul di China selepas negara tembuk besar itu menerima kehadiran Shila Amzah beberapa tahun lalu.

Gadis genit itu dikenali sebagai Adinda Tasya Mansor, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang kini menjadi bualan masyarakat di sana, selepas kemunculannya dalam program pencarian bakat baru berjudul 'Let's Sing, Kids'.





Dia yang menyampaikan lagu berbahasa Mandarin berjudul 'Next Stop in the Future', menerima standing ovation bukan sahaja daripada penonton, malah daripada para juri yang nyata terkejut.

Kesemua juri pertandingan, Gary Chaw, Su Yunying, Jacky Xue Zhiqian, berebut mahukan Adinda sebagai protege mereka.

Namun anak kelahiran Taiping, Perak itu kemudiannya memilih Su sebagai mentor.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Netizen, khususnya di China, menganggap Adinda sebagai 'the next Shila Amzah', yang sebelum ini berjaya mengukir nama di negara itu menerusi pertandingan Asian Wave.

Adinda merupakan peserta Ceria Popstar tahun lalu, dan menamatkan pertandingan di tempat kelima.

Let's Sing, Kids memulakan siaran 2 Julai lalu di stesen televisyen paling popular di China, Hunan TV.

VIDEO


Sumber: MD


         ________________________





No comments: