02 July 2016

BERPELUANG KE TANAH SUCI - ZIZAN DOA AGAR DIPERTEMUKAN JODOH



Berkesempatan menunaikan umrah baru-baru ini membuatkan pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak, 32, mengambil kesempatan untuk berdoa agar dirinya dipertemukan dengan jodohnya.

Ini kerana sebelum ini Zizan pernah menyatakan bahawa dia sememangnya teringin untuk berumahtangga.





"Tujuan adalah untuk mencari keberkatan Allah dalam masa yang sama menyucikan diri. Saya juga tidak mahu lepaskan peluang berdoa untuk pelbagai perkara yang bagi saya belum ada akhirnya, jodoh salah satunya," ujar Zizan dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Zizan yang bakal menyambut Syawal di Tanah Suci berkata pengalaman beraya di sana pastinya sesuatu buatnya kerana pertama kali menjejakkan kaki di sana dan juga raya tahun ini merupakan kali pertama dia berjauhan daripada keluarganya.


--- IKLAN ---




Menolak rasa sedih, kata Zizan ibunya sehingga kini sentiasa menjadi penyokong terkuatnya dalam apa juga aktiviti yang dilakukan.

"Tidak ada masalah untuk saya menyambut 1 Syawal di sana. Sebabnya ibu memang setuju dengan keputusan saya. Sekarang ini tidak ada masalah untuk berkomunikasi. Setiap hari boleh telefon. Saya boleh berhubung dengan ibu melalui pelbagai medium. Jadi tidaklah sedih sangat," jelasnya.






Sumber: Utusan Malaysia



         ________________________





No comments: