"Kami bukannya rapat dalam masa sebulan atau dua. Ia berkembang sedikit demi sedikit, bermula dengan mengenal hati budi masing-masing dan seterusnya mencari keserasian," demikian akui Erra Fazira yang mula membuka kisah cintanya dengan Shahir Zawawi secara perlahan-lahan.
Tambah Erra, hubungannya dengan Shahir saling melengkapi kekurangan yang ada dalam kehidupan masing-masing.
"Begitupun, menjadi lumrah apabila tiada sesuatu yang pun yang bergerak lancar dalam perhubungan. Rintangan pastinya ada kerana ia juga sebahagian daripada proses menyesuaikan diri," ujarnya yang tidak pernah merasa canggung mempunyai kekasih lebih muda iaitu berusia 28 tahun.
Bagaimanapun, Erra enggan mengulas lanjut mengenai ura-ura bakal mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat. Katanya, sehingga kini tiada berita baru yang hendak dihebahkan.
--- IKLAN ---
"Memang tiada perkembangan lanjut seperti diperkatakan (bertunang). Apatah lagi kemungkinan itu dan ini. Selagi ia tidak membabitkan orang tua kami, maka apa saja termasuk perbincangan ke arah itu boleh dikategorikan sebagai angan-angan," katanya yang mengakui lega apabila Shahir sendiri membuka mulut mengiyakan hubungan mereka.
Nampaknya, Erra menggunakan pengalamannya dalam kehidupan dan mengambil pendekatan selamat supaya kisah peribadinya itu tidak menjadi terlalu sensasi. Bak kata pepatah, diam-diam ubi berisi!
Sumber: BH - Foto: Erra IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment