16 July 2016

GAMBAR - BILA 'ADI PUTRA' DIDAKWA KAHWIN KALI KEDUA



Waahhh... panas sungguh gosip dan foto terkini mengenai lelaki yang mirip Adi Putra yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp. Menurut laporan akhbar, pernikahan 'pelakon' tersebut didakwa telah berlangsung pada hari Sabtu baru-baru ini.

Malah beberapa media turut menerima foto 'pelakon' tersebut sedang mengucup dahi seorang wanita dan kedua-duanya lengkap berpakaian pengantin berwarna krim dan peach.





Malah menerusi laporan Harian Metro, 'pelakon' itu didakwa berkahwin kali kedua dengan seorang janda anak satu.

Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan keluarga dan sahabat karib.

Wanita berusia 33 tahun itu juga dikatakan rakan kongsi perniagaannya sejak setahun lalu dan dia merupakan suaminya yang ketiga.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Namun, isteri pelakon itu, tidak mengetahui berita perkahwinan kedua suami itu.

Dia turut enggan memberi sebarang komen tentang perkara itu dan menyerahkannya kepada suaminya untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sementara pelakon tersebut pula gagal dihubungi kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.

Untuk info, pelakon terbabit pernah memfailkan kes penceraian terhadap isterinya pada 11 Mei 2012 tetapi menarik balik permohonan tersebut pada 21 Mei tahun yang sama.




Sumber: Harian Metro/AstroGempak - Foto Adi FB



         ________________________





No comments: