12 July 2016

KAHWIN HUJUNG TAHUN - ANAK-ANAK SETUJU AWIE DENGAN LADY



"Takut atau tidak, saya perlu teruskan hidup. Saya manusia dan lelaki normal yang punya nafsu serta keinginan untuk berkongsi hidup dengan orang yang dicintai," demikian kata Awie Wings yang mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis dikenali sebagai Sharifah Ladyana atau Lady pada 3 Jun lalu.

Awie yang bakal mendirikan mahligai buat kali ketiga itu berkata bahawa anak-anaknya menerima Lady seadanya sebagai ibu baru mereka.





"Apa yang penting, anak-anak dapat menerima dia seadanya. Sejujurnya, sebelum menerima kehadiran Lady dalam hidup, saya terlebih dahulu menanyakan perkara itu kepada anak-anak dan mereka bersetuju. Apa yang saya nampak, dia mampu melayan anak-anak saya dengan baik," ujar Awie dipetik sebagai berkata.

Jika melangsungkan perkahwinan kelak, Awie meletakkan harapan agar mahligai yang dibina mampu memberi cahaya baharu dalam hidupnya dan melupakan kisah silam.

"Saya perlukan seseorang yang bukan hanya untuk berkongsi kasih sayang tetapi juga untuk menyempurnakan jalan hidup saya bersama anak-anak. Rasa kosong kalau hidup sendiri.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Setidaknya, kalau saya berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, ia akan membuatkan saya lebih bertanggungjawab dalam hidup dengan lebih fokus kepada anak-anak dan isteri di rumah," jelasnya yang merancang menamatkan zaman duda menjelang penghujung tahun ini.

Ditanya mengenai sambutan raya tahun ini, kata Awie yang tahun ini berhari raya sebagai seorang bapa tunggal lebih suka membawa anak-anaknya bercuti.

"Tahun ini, persiapan raya dapat disediakan lebih awal sebab jadual kerja saya agak longgar untuk bulan Ramadan lalu. Jadi, saya ada masa untuk keluar awal membeli-belah baju raya untuk anak-anak.



"Lebaran kali ini lebih bermakna sebab Aleeya dan Aleefa ada bersama saya pada hari raya, berbanding tahun lepas mereka berdua beraya bersama ibu mereka, Arni Nazira.

"Untuk lokasi balik raya pula, Syawal pertama kami hanya menyambutnya di ibu kota. Kemudian pada raya kedua, saya bawa mereka bercuti di negeri selatan sama ada Melaka atau Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebab kebiasaannya saban tahun memang begitu, saya lebih suka bawa anak-anak bercuti di tempat yang mereka suka," katanya.




Sumber: Kosmo


         ________________________





No comments: