11 July 2016

REZEKI AIDILFITRI - ALIF SATAR BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



Tahun depan raya berempat!

Demikian halnya dengan Alif Satar yang bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Shadila Halid sah hamil.

Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh Alif menerusi laman Instagramnya iaitu dengan memuatnaik gambar dirinya bersama anak sulungnya, Alisha Anugerah berserta kapsyen.





""Bila nak kahwin?" And then it's "bila nak ada anak?".... Then, "bila nak berempat?". i'm sure many of us have heard this. Pada Alif, Alif ambil semua pertanyaan ni sebagai doa.. I would just reply "InsyaAllah" and "Amin"..

"So, to all yang bertanya dan mendoakan..... THANK YOU. Alhamdulillah.. please continue praying for us, agar semua di permudahkan, and may Allah SWT reward you for all your good deeds and kindness. InsyaAllah Aminn...," tulis Alif.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata ramai yang meluahkan rasa gembira dengan berita yang disampaikan. Malah, akaun sosial pelakon 'Dia Semanis Honey' itu juga turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada semua peminat.

Tahniah diucapkan.



--- IKLAN ---










Sumber: Alif Satar IG



         ________________________





No comments: