15 July 2016

"SAYA TAK SANGGUP LAGI" - NOORKHIRIAH NEKAD 'PENCEN'



Pelakon Noorkhiriah, 39, yang berkecimpung dalam bidang lakonan selama 20 tahun mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada bidang seni.

Keputusan tersebut dibuat Noorkhiriah selepas dia berasa kecewa selain dirinya dianggap bagaikan sampah.

Bagaimanapun Noorkhiriah berkata, ia keputusan terbaik buat dirinya kerana dia tidak sanggup lagi untuk memendam rasa kecewa dipermainkan syarikat produksi yang sering memungkiri janji apabila sudah bersetuju mengambilnya berlakon.





"Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat.

"Kesabaran setiap manusia itu ada hadnya dan selepas berfikir panjang saya nekad selain yakin rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ini sahaja.

"Keputusan ini juga petunjuk daripada Allah dan Insya-Allah akan ada rezeki lain untuk saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Khiriah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya memuat naik video di laman Instagram miliknya yang menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri dalam bidang lakonan.

Dalam video itu juga Khiriah memberitahu dia kecewa apabila sering dipermainkan oleh pihak produksi yang sering memungkiri janji walaupun tawaran berlakon telah pun diberikan kepadanya.

Ditanya lanjut mengenai perkhabaran mengejut itu, Khiriah bagaimanapun belum bersedia untuk mengulas panjang.



Namun kata Khiriah, dia sudah tidak mampu lagi berhadapan dengan situasi pilih kasih yang dihadapinya sejak sekian lama.

"Saya sedar diri saya sudah 'suam-suam kuku' dan sekarang produksi dan stesen televisyen lebih mementingkan populariti untuk menghiasi drama terbitan mereka.

"Tetapi jangan salah faham, saya tiada masalah dengan pilihan mereka cuma sebagai orang lama saya sedih kerana sering dianggap macam sampah.

"Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku kerana saya banyak bertolak ansur dan bersabar sepanjang 20 tahun penglibatan saya dalam industri seni, cukuplah.

"Ia keputusan terbaik buat diri saya selebihnya buat masa ini saya tidak mahu ulas panjang," jelasnya.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: