09 July 2016

"SIFAT ERRA TERLALU ISTIMEWA" - SHAHIR AF8



Ramai yang sudah sedia maklum mengenai hubungan intim antara Erra Fazira dengan Shahir Zawawi. Namun begitu, ramai juga yang menelah bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) itu sebenarnya meminati wanita berusia atau matang.

Jika tidak, masakan dirinya jatuh hati terhadap Erra yang 14 tahun lebih berusia berbanding dirinya. Pun begitu, Shahir mengaku soal usia cukup subjektif.





"Saya tak melihat seseorang atas paksi usianya. Memang saya tak pernah menetapkan kriteria bahawa wanita yang ingin saya kenali perlu matang dan berusia. Jika dia matang dan ada keserasian, saya memang tak ada masalah.

"Ketika fasa awal perkenalan saya dan dia (Erra), ia nampak lancar dan mudah... Seperti dipermudahkan.

"Komunikasi antara kami juga senang. Ketika baru kenal, ibaratnya kami seperti sudah lama kenal. Dia ramah dan mudah berbicara. Keserasian itu senang diterjemahkan," ujarnya dipetik sebagai berkata.



--- IKLAN ---




Dalam pada itu, Shahir berkata, banyak sifat Erra yang dirasainya terlalu istimewa.

"Mungkin sisi itu hanya diketahui mereka yang rapat dengannya termasuk kawan. Ada sesuatu yang kita hargai pada dirinya. Ketabahan dan kecekalan dirinya sebagai wanita sangat hebat," jelasnya yang menyambut Syawal secara sederhana.

Ditanya apakah dia akan mengunjungi rumah keluarga Erra pada lebaran ini, Shahir berkata: "Insya-Allah (jika) ada masa."


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: