10 July 2016

SUKA DUKA - SITI NORDIANA PERNAH SAMBUT RAYA SENDIRIAN



Selepas popular semula melalui rancangan Gegar Vaganza, akhirnya Siti Nordiana boleh menarik nafas lega apabila dapat menyambut hari raya dengan penuh warna warni tahun ini.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk ibu tunggal ini meraih semula popularitinya. Pelbagai rintangan ditempuhi demi mencari rezeki dalam bidang seni. Jom ikuti pengalaman Nana!





"Masih segar di ingatan saya apabila terpaksa membuat persembahan di Sabah pada malam raya pada tahun 2009. Ketika itu, Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya apabila terpaksa beraya tanpa keluarga dan anak, namun saya perlu berbuat demikian terutamanya baru bercerai dengan arwah suami.

"Syukur alhamdulillah apabila segala-galanya kembali berpihak kepada saya pada tahun ini. Ia sesuatu yang mengujakan biarpun semakin sibuk. Peminat terutamanya kanak-kanak juga mengingati watak saya dalam Dia Semanis Honey.

"Apa yang saya perhatikan, peminat baharu lebih fanatik, jadi saya benar-benar menghargai sokongan mereka. Saya masih ingat seronoknya mendapat duit raya hingga RM1,000 ketika kanak-kanak.



--- IKLAN ---



"Tahun ini agak berbeza berbanding tahun sebelumnya. Jika tahun lepas saya sibuk berniaga, tahun ini pula terikat dengan komitmen karier seperti berlakon dan menyanyi. Persiapan juga ala kadar kerana jadual kerja terlalu padat. Saya juga lebih mementingkan persiapan keluarga berbanding diri sendiri pada tahun ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mengenai perbezaan raya tahun ini dengan sebelumnya, tambah Nana sudah tentulah penerimaan peminat yang semakin positif. Ada yang ingin datang beraya, sekali gus mengimbau semula apa yang pernah dia alami ketika tahun 1990-an dahulu.

"Alhamdulillah, tawaran juga semakin mencurah-curah. Saya bercadang untuk mengadakan rumah terbuka di kediaman orang tua di Sendayan, Negeri Sembilan penghujung Syawal ini.



"Untuk info, saya sukakan kuah kacang yang dimakan bersama nasi impit yang dimasak ibu. Saya pernah cuba memasak rendang kicap, cuma ia tidak menjadi (ketawa)," katanya.

Mengenai kemungkinan tahun ini adalah tahun terakhir dia beraya solo, kata Nana dia sudah membiasakan diri apabila sudah tujuh tahun menyendiri. Jadi, belum pernah terfikir ke arah itu. Buat masa ini, fokusnya cumalah Rayyan yang semakin memahami kesibukan dirinya.






Sumber: Sinar Harian - Foto: Nana IG - www.myartis.com



         ________________________





No comments: