Setelah koma dan kritikal di hari raya pertama dan kedua, pelakon veteran Tamam Idris, 77 akhirnya meninggal dunia pada jam 11.50 malam semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), akibat pendarahan dalam perut.
Untuk info, Tamam atau nama sebenarnya Bustamam Idris sebelum ini telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 22 Jun lalu kerana jangkitan kuman pada paru-paru.
"Doktor memaklumkan keadaannya semakin kritikal selepas darah tidak berhenti keluar dari tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.
"Biarpun pihak hospital memberikan ubat untuk mendapatkan tekanan darah kembali normal, tetapi keadaan ayah tetap tidak menunjukkan perubahan. Kami reda dengan ketentuan Ilahi dan menerima kematian ayah pada hari kedua Syawal," ujar anak kedua Allahyarham, Norlie, 42, ketika dihubungi media.
Tambah Norlie, bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga termasuk isteri, anak-anak dan menantu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai sebelum solat Jumaat hari ini.
Selain drama persilatan, Tamam juga dikenali menerusi drama Seorang Tua Di Kaki Gunung pada 1980-an.
Arwah meninggalkan seorang isteri, Mariaty Hussein dan enam cahaya mata.
Al-Fatihah.
Sumber: HM
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment