07 July 2016

JANGKITAN PARU-PARU - TAMAM IDRIS KRITIKAL DI HARI RAYA



Pelakon yang popular sekitar era 80-an dan dikenali ramai menerusi drama Seorang Tua Di Kaki Gunung, Bustamam Idris, 77, (Tamam Idris) kini dilaporkan tenat akibat pendarahan di dalam perut.

Pak Tamam dikatakan tidak sedarkan diri jam 6 petang tadi selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak 15 hari lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.





Menantunya yang juga pelakon, Den Wahab, berkata doktor mengesahkan artis veteran itu semakin kritikal apabila keadaannya kian merosot sejak jam 9 malam tadi.

"Keadaannya sekarang semakin getir apabila darah mula tidak berhenti keluar dari tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.

"Beliau mula koma pada jam 6 petang dan kami diminta oleh pihak hospital untuk memanggil semua ahli keluarga agar bersedia sekiranya apa saja kemungkinan yang berlaku.



"Saya mewakili keluarga memohon masyarakat yang mengenalinya agar dapat bersama mendoakan kesihatnya dan biarlah segala-gala dipermudahkan," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada BH online.

Sama-samalah kita doakan Pak Tamam agar sembuh seperti sedia kala.



         ________________________





No comments: