07 July 2016

4 GAMBAR - HARI RAYA PERTAMA AMENG SPRING DI LUAR PENJARA



"Saya berasa gembira kerana diberi kesempatan untuk berpuasa dan menyambut hari raya bersama keluarga," ujar Ameng Spring yang buat pertama kali berhari raya bersama keluarga setelah menjalani hukuman penjara selama 8 tahun dan 10 sebatan kerana kesalahan dadah.

Ameng yang memilih untuk beraya di rumah ibu mertuanya di Kampung Lubok Cina, Melaka kini sedar betapa nikmat berpuasa dan meraikan Aidilfitri bersama orang tercinta amat besar ertinya.

Ini kerana, menyambut hari raya di sebalik tirai besi bukanlah seindah kata-kata. Di sana, tiada baju baru atau alunan lagu-lagu lebaran yang memberi semangat, sebaliknya hanya air mata yang menjadi teman setia.





Malah ketibaan bulan Syawal selalunya disambut bertemankan tembok batu tinggi, gerigi besi dan hanya memberi ucapan dikalangan rakan-rakan banduan.

"Menyambut hari raya di dalam penjara tidak sama seperti sambutan di luar. Kami tidak dapat memakai baju baharu apatah lagi melawat sanak-saudara di kampung.

"Walaupun dibenarkan untuk bertemu dengan ahli keluarga, rasa teruja atau gembira untuk menyambut hari raya tidak ada," kata anak jati kelahiran Terengganu itu.



Biarpun ada menerima kunjungan isterinya Sabariah Zakaria, 46, dan anaknya, Wan Ahmad Haizal, 9, namun perasaan dan pengalaman menyambut lebaran di sebalik balik tirai besi sungguh menyedihkan.

Bagaimanapun, dia kini mengakui kehidupan di penjara telah banyak mengubahnya menjadi insan yang lebih sederhana. Malah dia kini lebih berjimat cermat dalam berbelanja dan sentiasa menghargai setiap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

"Di penjara, saya diajar untuk tidak membazir. Jadi, apabila sudah dibebaskan, saya meneruskan apa yang telah dipraktikkan di sana.

"Untuk hari raya tahun ini, isteri saya yang menguruskan perbelanjaan baju raya. Tetapi, saya sudah berpesan supaya tidak membazir dan beli mengikut keperluan sahaja," tambahnya penuh keinsafan.




Sumber: Kosmo
Foto: Sabariah IG


         ________________________





No comments: