08 August 2016

DEEN HOT FM AKHIRI ZAMAN BUJANG 2 DISEMBER INI



Tahniah diucapkan buat penyampai radio Hot FM, Deen, 28, kerana bakal menamatkan zaman bujang bersama tunangnya , Siti Nur Warda Aminuddin, 26, hujung tahun ini iaitu pada 2 Disember.

Manakala bagi majlis resepsi pula akan diadakan pada 3 Disember 2016 bertempat di kediaman perempuan, Kedah.

"Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas majlis pernikahan dilangsungkan," ujarnya dipetik sebagai berkata.





"Wang hantaran sebanyak RM8,000 dan pada masa yang sama tujuh dulang hantaran akan diberikan kepada pengantin perempuan berbalas lima dulang kepada saya," jelas Deen yang belum bersedia untuk mendedahkan jumlah mas kahwin.

Terdahulu Deen atau nama sebenarnya Nordin Haji Madian dan Siti telah melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 12 Disember 2015.

Kami doakan agar semuanya berjalan lancar dan semoga berbahagia hingga ke jannah.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: Media Hiburan



         ________________________





No comments: