07 August 2016

INSTAGRAM DIGODAM - IZREEN AZMINDA LUAH RASA TERKILAN



"Saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Lebih membuatkan saya terkilan, banyak gambar dalam akaun Instagram itu sudah tiada lagi dalam simpanan saya. Sebelum ini, saya begitu berhati-hati terutama apabila mendapat tahu banyak akaun rakan artis lain yang menjadi mangsa penggodam.

"Setiap kali menerima e-mel berkaitan Instagram, saya tidak akan membukanya. Saya takut jika ia datang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, ia tetap berlaku dan saya begitu terkilan," demikian kata Izreen Azminda yang menjadi mangsa terbaharu apabila akaun laman sosialnya itu yang mempunyai 1.2 juta pengikut diceroboh, kelmarin.





Sebelum ini, akaun Instagram beberapa selebriti tempatan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Antara laman sosial selebriti tempatan yang digodam ialah Jihan Muse, Emma Maembong, Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Dayana Roza, Mia Ahmad dan ramai lagi.

Dalam masa sama, Izreen berkata bahawa dirinya juga kecewa kerana jumlah pengikut di laman sosal juga menjadi penentu kepada seseorang artis menerima tawaran kerja. Kehilangan akaun Instagram itu disifatkan Izreen, mengganggu perjalanan kerjayanya.

Izreen bagaimanapun, mengambil pendekatan bersikap positif dengan membuka akaun baharu iaitu @izreen.azminda.


AKAUN INSTAGRAM BARU IZREEN


"Bagaikan menjadi aliran, ramai pengusaha produk akan melihat jumlah pengikut seseorang artis sebelum menawarkan komitmen kerja. Tidak kira sama ada untuk membuat ulasan produk atau perlantikan menjadi duta.

"Saya ambil apa yang berlaku dari sudut positif. Saya percaya, pihak yang ingin memberikan tawaran baharu sudah maklum dengan jumlah pengikut saya di laman sosial sebelum ini. Saya hanya berserah kepada Allah," ujarnya dipetik sebagai berkata.


AKAUN INSTAGRAM LAMA IZREEN YANG TELAH DIGODAM


___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: