07 August 2016

"SAYA MAHU BERTUDUNG DENGAN IKHLAS, BUKAN KERANA TERPAKSA" - STACY



Stacy atau nama penuhnya Ummu Syaikhah Stacy Anam memberitahu bahawa beliau masih belum bersedia untuk bertudung walaupun hampir setahun memeluk agama Islam setelah mendirikan rumah tangga bersama Akim Ahmad.

Berikutan itu, beliau juga berpendapat bahawa perubahan itu biarlah berlaku secara semulajadi dan datang dari hati yang ikhlas, bukan secara terpaksa kerana orang lain.

"Tentang tudung, beri saya masa. Saya tidak mahu tergesa-gesa dan berubah secara drastik. Biarlah ia berlaku seiring dengan keikhlasan dan kehendak sendiri dan bukan kerana orang lain," jelasnya.





Sementara itu, Stacy turut menegaskan bahawa suaminya tidak pernah lalai mendidiknya dalam menguasai ilmu agama menyebabkan dirinya lebih senang untuk belajar dan memahami Islam di rumah.

Dengan itu, Stacy telah mengupah seorang ustazah yang akan ke rumahnya untuk mengajar beliau mengaji serta mempelajari tentang kelebihan Al-Quran.

"Keputusan ini diambil ekoran jadual kerja yang padat. Tambahan pula, Akim banyak beri tunjuk ajar kepada saya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Pendekatannnya lebih santai seperti mengajar kanak-kanak tentang agama. Dia tidak paksa sebaliknya beri banyak masa.

"Tidak dinafikan bukan mudah untuk mendalami ilmu agama. Khususnya perkara berkaitan sebutan dalam bacaan ayat al-Quran," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, Akim yang juga suami kepada Stacy pernah didakwa bersikap dayus kerana membiarkan isterinya yang sudah memeluk agama Islam tidak bertudung. Namun bagi beliau, adalah lebih baik jika Stacy diberikan masa memperlajari satu persatu tentang agama Islam sebagaimana beliau saudara baru dan masih banyak perlu dipelajarinya.








Sumber: MMO
Foto: Stacy IG


         ________________________





No comments: