17 August 2016

DISEMBER DEPAN - ABAM BOCEY RANCANG TUNAI UMRAH BERSAMA KELUARGA



"Saya rasa sudah tiba masanya untuk menjejakkan kaki ke Makkah untuk menunaikan umrah, sekali gus menyempurnakan hasrat ibu saya sejak dulu lagi. Syukurlah kerana wang juga dirasakan sudah mencukupi manakala tubuh badan pula masih sihat untuk beribadat," demikian kata pelakon dan pelawak, Abam Bocey yang merancang menunaikan ibadah umrah bersama keluarga pada penghujung tahun ini.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 28, berkata beliau dan keluarga bakal berada di Tanah Suci pada 5 hingga 16 Disember depan, mengikut pakej ditetapkan syarikat penganjur.

Bagaimanapun kata Abam, adik bongsunya tidak turut serta kerana isterinya itu kini sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin waktu itu.





"Mengikut perancangan, saya sekeluarga bakal berangkat pada Disember nanti. Cuma, adik bongsu saja tidak turut serta kerana isterinya sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin waktu itu.

"Pihak penganjur umrah pula menyuarakan hasrat meminta kerjasama saya untuk menguar-uarkan perkara ini kepada umum. Lebih meriah sekiranya ada antara peminat yang terbuka hati untuk turut serta dalam rombongan kami," jelasnya.

Dalam perkembangan kerjaya, Abam kini sedang mengosongkan jadual kerjanya untuk memberikan komitmen kepada program Super Spontan dan Kelab Komedi sepanjang bulan ini. Supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak kerana kepadatan jadual kerjanya, Abam memilih untuk menolak tawaran lain.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: Berita Harian
Foto: Abam Bocey IG


         ________________________





No comments: