06 August 2016

"HASRAT MAHU KAHWIN TERPAKSA DILUPAKAN" - EBBY YUS



Kerana memikirkan usianya yang sudah lanjut tambahan beliau mengidap beberapa penyakit kronik, pelakon dan pelawak Ebby Yus, 51, terpaksa melupakan impiannya yang mahu mendirikan rumah tangga.

"Memang saya teringin nak kahwin... sejak saya sudah akil baligh lagi saya dah ada keinginan itu, " guraunya.

"Tapi belum ada jodoh... Jodoh itu tidak boleh dinanti dan tak boleh dicari. Diusia saya yang nak masuk 52 tahun ni, kahwin bagi saya sudah jatuh nombor dua.





"Saya pun ada tanggungjawab yang saya jalankan. Saya menjaga seorang kakak saya kerana beliau kurang upaya dan beliau mempunyai tiga orang cucu, " ujar dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, pelawak berasal dari Negeri Sembilan ini berkata, seandainya beliau mahu berkahwin, wanita pilihannya itu mestilah seorang yang bukan saja boleh menerima dirinya malah keluarganya.

"Kadang-kadang tu saya terfikir kalau saya nak kahwin, ada ker orang nakkan saya ni. Wanita itu mestilah yang boleh menerima saya dan keadaan saya yang mengidap beberapa penyakit kronik. Selain itu, dia juga seorang yang boleh menerima keluarga saya," jelasnya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Faktor kesihatan membuat Ebby kini terpaksa mengehadkan aktiviti seninya kerana tidak boleh terlalu letih. Justeru dia mengambi keputusan kurang menerima tawaran berlakon terutama yang menuntutnya menjalani penggambaran di lokasi luar.

Jelasnya, akibat daripada penyakit paru-paru berair yang dihidapinya, dia hanya boleh meminum seliter air sahaja sehari bagi mengelakkan paru-parunya gagal berfungsi.

Sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan tubuh badannya sihat, Ebby mengamalkan senaman dan menjaga pemakanan.



"Alhamdulillah, setakat ini kesihatan saya bertambah baik. Tapi saya sudah kurangkan aktiviti seni dan lakonan. Saya hanya terima tawaran jika penggambaran melibatkan 'indoor' seperti di studio.

"Kalau di lokasi luar saya tidak boleh beri komitmen kerana bimbang saya akan berasa terlalu penat. Lagipun cuaca agak panas dan saya pula tidak boleh minum air terlalu banyak.

"Sehari saya hanya boleh minum seliter air saja. Pemakanan pun saya kena jaga dan pantang, tapi kadang-kadang tu terbabas juga. Setiap enam bulan sekali saja akan jalani pemeriksaan kesihatan di hospital," tuturnya.

Pada 8 Februari lalu, Ebby dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selama seminggu selepas mengalami masalah paru-paru dan jantung. Sebelum ini pernah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Sabah pada November 2015 akibat masalah yang sama.

Dalam pada itu, Ebby turut sibuk menguruskan perniagaan restorannya, Adam Lai yang kini semakin berkembang maju. Setakat ini, restorannya itu mempunyai tiga cawangan iaitu di Shah Alam, Prima Sri Gombak dan Wangsa Melawati.

"InsyaAllah, saya dalam perancangan untuk membuka satu lagi cawangan iaitu di Bangi, tidak lama lagi," katanya.


Sumber: Malaysian Digest



         ________________________





No comments: