06 August 2016

BAKAL BINTANGI FILEM - DATO' ALIFF SYUKRI JADI 'BADANG'



Pengasas produk D'Herbs, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris, nampaknya kini bakal membintangi sebuah filem aksi komedi yang berjudul 'Badang Superb'.

Untuk pengetahuan anda, perkara tersebut bukan main-main dan ia telah disahkan sendiri oleh pengarahnya, Profesor Datuk A. Razak Mohaideen.

Menurut pengarah filem ini, pemilihan pengasas kosmetik yang terkenal dengan slogan 'Terlajak Laris' itu dibuat kerana populariti yang diraih Aliff.





"Memang antara sebab dia menjadi peneraju utama filem ini kerana popularitinya. Tetapi dalam masa yang sama, saya dapat lihat kesesuaian Datuk Aliff dengan watak badang ini.

"Buat masa ini kami masih dalam proses melatihnya untuk watak ini. Kalau tidak ada apa-apa, kemungkinan besar pembikinan filem ini akan berlangsung pada bulan ini juga," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Cayalah Dato!

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: Utusan Malaysia
Foto: Dato' Aliff Syukri IG


         ________________________





No comments: