05 August 2016

KONTRAK DITARIK BALIK - ELFIRA LOY PERCAYA REZEKI BERHIJAB



Elfira Loy menjelaskan bahawa dia tidak akan kembali membuka tudung semata-mata atas sebab kontrak kerja. Ini kerana akui Elfira bukan mudah bagi dirinya unuk mengambil keputusan nekad menutup aurat.

"Bukan mudah untuk saya menetapkan hati memilih untuk berhijab kerana pelbagai andaian dan kemungkinan bermain di benak fikiran. Apabila sudah membuat keputusan untuk bertudung, saya enggan memandang ke belakang lagi.





"Ada pihak yang menerikma keputusan saya untuk bertudung, namun ada juga yang kurang bersetuju dan menarik balik tawaran menampilkan saya sebagai duta produk. Namun ia sama sekali tidak menggugat keputusan saya untuk terus berhijab," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Apa yang lebih menggembirakan Elfira ialah apabila penggiat industri seni tanah air dari barisan penerbit dan pengarah tidak menjadikan tudung sebagai penghalang untuk berkarya sebaliknya menerima perkara itu sebaiknya.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: BH Plus


         ________________________





No comments: