05 August 2016

HIDAP CYST - NADYA SYAHERA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN



"Operation done. Alhamdulillah. Rehat sini for few days. Doakan I cepat sembuh," demikian kata pelakon yang popular menerusi watak Bella dalam drama 'Dia Semanis Honey', Nadya Syahera yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan selepas disahkan menghidap bengkak kalenjar (Cyst).

Nadya atau nama sebenarnya Nadia Syahera Rosli, 22, memberitahu dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin selepas doktor mengesahkan dirinya menghidap penyakit itu.

"Selepas disahkan ada 'cyst', doktor sarankan supaya saya jalani pembedahan secepat mungkin dan saiz 'cyst' saya juga dah sebesar telur burung puyuh," katanya.





Mengulas mengenai penyakit tersebut, Nadya memberitahu dia mula berasa pelik setelah mendapati seperti ada benjolan pada bahagian bawah perutnya.

"Pada mulanya saya hanya rasa tak lalu makan dan rasa sedikit sakit di bahagian perut. Namun pada minggu ini kesakitan itu semakin teruk sehingga membuatkan saya terlantar di rumah.

"Selepas itu saya rasa seperti ada sedikit benjol dan semakin lama semakin besar. Selepas dibawa ke hospital, doktor sahkan saya ada 'cyst'," jelasnya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: Nadya Syahera IG & Astro Gempak


         ________________________





No comments: