05 August 2016

AL FATIHAH - ADIK NASSIER WAHAB KEMBALI KE RAHMATULLAH



Penyanyi Nassier Wahab menerusi laman Instagramnya, memaklumkan bahawa orang yang tersayang iaitu adiknya bernama Zainiyah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 malam kelmarin di wad paliatif Pulau Pinang.

Difahamkan, adiknya itu meninggal dunia akibat penyakit kanser rahim.

"Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, adinda ku yang dikasihi Zainiyah baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 11.30 malam tadi (kelmarin) di Paliatif Ward Penang.





"Hilangah adik bongsu ku yang dikasihi, kau pergi tinggalkan aku kekandamu yang sepi setelah sekian lama kau menanggung derita kerana kanser rahim. Kini bersemadilah engkau di sana, semoga rohmu dicucuri rahmat. Kau tetap didalam hati dan sanubariku. Selamat jalan adindaku," ucapnya menerusi laman sosialnya.

Takziah kami ucapkan dan semoga arwah adik Nassier ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________








Sumber & foto: Nassier Wahab IG


         ________________________





No comments: