04 August 2016

"KEMALANGAN BUAT SAYA CARI ALLAH" - AWI RAFAEL



Penyanyi Awi Rafael, 30, berkata sejak kejadian kemalangan ngeri pada Mei lalu itu sedikit sebanyak menerbitkan rasa insaf di dalam dirinya sekaligus membuatkan beliau tekad mendekati Allah dan tidak terlalu mengejar duniawi seperti dulu. Kata Awi, kejadian tersebut turut membuat dia mengubah imejnya, tidak sama seperti sebelumnya.

"Nyawa saya pada ketika itu ibarat di hujung tanduk. Jarak kesan hentaman di belakang kepala saya hanya beberapa sentimeter sahaja dari kawasan yang boleh mengakibatkan maut. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah panjangkan usia untuk terus bernafas sehingga ke hari ini.





"Lantaran itu, saya tidak mahu berlengah lagi untuk terus mengejar duniawi. Tiba masanya untuk saya berbuat atau menyumbang sesuatu terhadap komuniti. Jadi, Euphoria adalah medium terbaik untuk dimanfaatkan sepenuhnya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, Awi dikatakan mengalami kemalangan jalan raya apabila kenderaannya dilanggar oleh sebuah kereta kira-kira jam 1 pagi berdekatan kawasan perumahannya di Kota Damansara. Kejadian malang itu turut menyebabkan Awi diseret oleh kereta berkenaan namun Awi bernasib baik kerana kesan hentaman tersasar sedikit lalu menyelamatkan nyawanya.

Selain itu, Awi turut meluahkan rasa bersyukurnya kerana terselamat daripada kemalangan negeri itu dan juga diberikan peluang sekali lagi untuk terus bernafas dan melalui kehidupan sehari-harian. Pada masa yang sama, beliau juga akui kejadian malang yang berlaku ke atas beliau pada tempoh hari telah memberikan seribu satu hikmah buat dirinya.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: Utusan Malaysia



         ________________________





No comments: