23 August 2016

'KELENTIT RINDU' DISERBU DBKL - AHYA ROSLI TUKAR NAMA



Selepas mendapat aduan daripada beberapa pihak yang kurang senang dengan nama 'Kelentit Rindu' yang digunakannya, kedai shisha milik pelakon dan model Ahya Rosli, 29, itu telah diserbu pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dek kerana itu, ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri meminta untuk Ahya menukar nama baharu kedai berkenaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

"Saya sudah tukar nama kepada 'Alyahyashisa' kerana mama suruh tukar, dia prihatin dengan masyarakat yang kurang senang dengan nama tersebut selepas ia menjadi kontroversi.





"Selepas berita itu keluar ada pihak yang melaporkan kedai saya itu kepada DBKL, mereka datang ke kedai untuk menyiasat namun tidak menjumpai apa-apa kerana saya tidak menggunakan papan tanda untuk nama itu.

"Saya tidak faham kenapa orang dengki dengan saya sedangkan saya tidak pun menganggu hidup mereka," ujar Ahya dipetik sebagai berkata.

Ditanya mengenai perkembangan kedai shiha miliknya yang menjadi kontroversi selepas menggunakan nama merujuk kepada sejenis bunga namun ditafsirkan sebagai lucah, kata Ahya, kedai yang kini bertapak di Setapak itu masih meneruskan operasi seperti biasa.



"Kedai saya masih buka, lagipun ketika serbuan DBKL itu saya tiada masalah dan mempunyai lesen perniagaan yang sah," jelasnya.

Dalam pada itu, Ahya berkata yang dia juga berhenti daripada memasuki pertandingan seni mempertahankan diri Muay Thai. Katanya, Ia juga salah satu perkara yang tidak dibenarkan oleh ibunya.

"Saya memang yang ikut cakap mama, sekarang mama tidak benarkan saya masuk pertandingan Muay Thai, jadi saya terpaksalah berhenti. Dia tidak suka saya berlawan dan mengalami kecedraan," katanya.




Sumber: mStar
Foto: Ahya IG


         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...