26 August 2016

LEPAS KES CEK TENDANG, AMENG DILARANG MENYANYI DI KELANTAN?



"Saya sepatutnya ikut jelajah Suria FM di AEON Mall, Kota Bharu Sabtu ini dan mereka sudah bayar tiket dan penginapan di sana, malangnya semalam pihak Suria FM hubungi saya dan beritahu tentang hal ini.

"Saya diberitahu boleh datang jumpa peminat tapi tidak dibenarkan untuk menyanyi," ujar penyanyi Ameng Spring yang terkejut dan kecewa apabila namanya secara tiba-tiba digugurkan daripada membuat persembahan dalam satu siri program jelajah di Kelantan.





Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, berkata, dia tidak diberitahu secara terperinci sebab utama mengapa dilarang untuk menyanyi di negeri berkenaan.

"Saya kecewa jika larangan yang dilakukan itu adalah disebabkan status diri saya sebagai bekas banduan," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Kata Ameng, sepatutnya pihak kerajaan memberi peluang dan menerima bekas banduan untuk kembali dalam masyarakat.



"Saya sedih mengapa saya tidak dibenarkan menyanyi sedangkan saya lelaki dan bukan berpakaian seksi macam wanita. Saya fikir mungkin sebab saya bekas banduan dan bekas penagih dadah.

"Sepatutnya mereka galakkan untuk orang-orang macam kami ini berhadapan dengan masyarakat bukan membuang kami.

"Tidak mengapalah, saya anggap ia sebagai ujian, walaupun saya tidak menyanyi, saya akan datang memeriahkan majlis itu," ujarnya yang turut berasa hairan apabila dia ada menerima tawaran untuk menyanyi di istana negeri itu penghujung tahun ini.

"Saya pelik juga, kenapa kerajaan tempatan di sana tidak beri saya nyanyi di khalayak, walhal saya ada undangan dari pihak istana di sana November depan," soalnya yang ditemui media pada sidang media Konsert Tiga Suara yang diadakan di Istana Budaya, semalam.




Sumber: Mstar



         ________________________





No comments: