03 August 2016

MESKIPUN 'TERHINA', NAMUN ZULFIFLI ZAIN & NORMALA TETAP TABAH



Sudahlah terpaksa berkongsi kerusi roda gara-gara penyakit yang dihidapi, kemudian ada pula segelintir pihak yang menawarkan berlakon, tapi membayar harga murah umpama bayaran pelakon tambahan layaknya!

Demikianlah nasib yang menimpa pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 70, dan Datin Normala Omar, 58, yang sebelum ini terpaksa bersama-sama menggunakan kerusi roda yang hanya ada sebuah.





Meskipun kini Zulkifli Zain mengaku sedikit sihat, namun dia meluahkan perasaan kecewa apabila bakatnya hanya dipandang sebelah mata. Mungkin ada pihak yang menawarkannya berlakon dengan bayaran seratus dua sahaja agaknya.

"Tawaran untuk berlakon pada kami itu bagaikan penghinaan, sedih sangat apabila bayaran yang diterima sangat tidak setimpal. Bukan kami mahu meminta harga yang tinggi sangat pun, cuma ikutkan kesesuaian, tengoklah pengalaman.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Banyak juga tawaran yang ditolak sebelum ini, bukan apa kalau bayaran yang diterima harganya seperti pelakon tambahan, elok sahaja diberi kepada orang lain. Saat ini saya dan isteri hanya mengharapkan anak-anak sahaja untuk meneruskan hidup," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Zulfifli Zain diserang penyakit angin ahmar, Januari lalu, selepas itu terdapat komplikasi paru-paru dan jantung. Bahagian tangan dan kaki kirinya memang tidak boleh bergerak, jadi dia memerlukan bantuan untuk ke mana-mana.

Manakala Normala pula, terjatuh dari katil bulan lalu dan kini berada dalam keadaan yang sama seperti suaminya. Tidak boleh bergerak, bila doktor sahkan kaki kirinya patah. Malah dia juga sudah melalui pembedahan untuk memasukkan besi dalam kaki.

Tambah mereka berdua, apa yang diuji oleh Allah mereka tetap terima dengan dengan reda.


Sumber: Utusan - www.myartis.com



         ________________________





No comments: